Tag Archives: New born

Anugerah Ilahi: Sheikh Mohammad Darwish

22 Dec

Alhamdulillah, jam 12.21 dinihari, 2hb. Muharram, 1431 bersamaan denganĀ  20hb. Disember, 2009, bertambah seorang lagi ahli keluargaku, seorang anak lelaki, yang kunamakan Sheikh Mohammad Darwish. Nama pilihan isteri tercintaku. Dan aku memang menyukai nama tersebut…

.

Isteriku masuk ke wad bersalin hospital RIPAS jam 9 pagi, 19hb. Disember, 2009. Debaran sungguh terasa, apakah kemungkinan anak yang dalam kandungan akan lahirĀ  melihat dunia bertepatan dengan suasana menyambut Ma’al Hijriah?

.

Memang benarlah kenyataan: kita hanya boleh berharap, sedang Allah yang menentukan… Dan kami pasrah dengan ketentuan Ilahi…

.

Saat yang dinantikan itu akhirnya tiba, diiringi rasa syukur anak yang dilahirkan sihat dan sempurna sifatnya, pun begitu juga keadaan umminya. Terimakasih Tuhanku, atas anugerah yang tak ternilai ini…

.

Senyum dalam debar saat menantikan kelahiran...

Senyum dalam debar menanti kelahiran...

Patung dipakaikan baju Batrisya untuk pengubat rindu...

Patung dipakaikan baju Barisya sebagai pengubat rindu, naluri cinta kasih seorang ibu...

Terlena sekejap setelah kewalahan menunggu..

Sudah berada di bilik First Stage Labour...

Masih sempat membaca Mingguan Wanita di bilik 'First Stage Labour'. Penantian yang terasa amat panjang dan mendebarkan...

Puteriku, Rafidah dan Zulfadli turut menemani ummi mereka...

Puteriku Rafidah dan temannya, Zulfadli turut menemankan ummi mereka... Terima kasih

Ubat penahan sakit yang terpaksa dimasukkan melalui pembuluh darah...

Tangan isteriku yang mula dicucuk jarum bagi memasukkan ubat penahan sakit melalui pembuluh darah...

Botol ubat penahan sakit yang mula dimasukkan pada jam 8.30 malam

Ubat penahan sakit yang mula dimasukkan melalui pembuluh darah di tangan pada jam 8.30 malam

Mesin pengesan perkembangan detak jantung bayi. Cartanya nampak memberangsangkan...

Mesin pengesan detak jantung bayi di dalam kandungan. Detak jantung Darwish 152 per minit... Alhamdulillah...

Sekarang sudah ada di wad bersalin. Terima kasihku untuk jururawat budiman yang seorang ini. Beliau menasihatkan aku supaya membiarkan isteri untuk melahirkan cara biasa bila aku hampir kalah minta dilakukan operasi...

Dua di antara beberapa jururawat yang turut membantu menyambut kelahiran putera kami... Terima kasih sebesar-besarnya... Jasa bakti kalian memang tidak terlupakan...

Peralatan di bilik bersalin

Jam 12.21 dinihari, 20hb. Disember, 2009, Sheikh Mohmmad Darwish menyapa dunia dengan tagisan pertamanya... Dunia ini memang penuh dengan tangisan puteraku... Bersedialah menghadapi sepak terajangnya...

Saat memotong tali pusat... Dan kau kini sudah menjadi khalifah di bumi...

Puteraku di tunjukkan kepada ummi tercintanya, untuk pengesahan janin. Lelaki šŸ™‚

Darah yeng menemani puteraku semasa dilahirkan mula dibersihkan...

Saat-saat yang amat membahagiakan. Terima kasih isteriku, atas pengorbananmu ini...

Saat membahagiakan mengazan Dan mengqamad puteraku...

Ciuman penuh cinta dari ummi yang pengasih...

Bapa mertuaku juga turut sabar menunggu kelahiran Darwish... Terima kasih...

Hembusan kalimah Allah dari 'nenek' yang memprihatinkan... Terima kasih amit Haji Bakar...

Bu Hajjah Maimon, isteri amit Haji Bakar juga turut menunggu kelahiran puteraku. Terima kasih setinggi-tingginya Bu...

Dukungan kasih ninda tersayang...

Senyum bahagia ummi setelah selamat melahirkan bayi yang sempurna sifatnya dan sihat walafiat...

Sheikh Mohammad Darwish

Bilik Persendirian Bunga Mawar

Babu Zariah yang mula-mula takut untuk menggendong Darwish... šŸ™‚

Saat menunggu waktu untuk keluar dari hospital untuk pulang ke rumah...

Bersama nenek perempuan, di bilik persendirian Bunga Mawar

Pulang ke rumah di samping Batrisya, kakak tercinta...

Dua jambangan bunga sebagai tanda ucap selamat dari 2 penuntutku, Richard Neo dan Han Pey Siew. Terima kasih daun keladi šŸ™‚

Hadiah dari Kelvin King. Terima kasih...

Batrisya’s First Birthday

10 Jun

Batrisya is one year old today. It was truly a happy moment for me & my lovely wife, Ulfa, to see her growing-up, healthy. Here, I would like you to share those wonderful moments, from the first second she was born…

I was there by her side all night long to hear her first cry

I was there by her side all night long to hear her first cry

Feeling Umi's first loving touch

Feeling Umi's first loving touch

First good night sleep in RIPAS hospital

First good night sleep in RIPAS hospital

Batrisya's first day out

Batrisya's first day out

With grand pa & grand ma

With grand pa & grand ma

Her 'full' month or in our terms, Mandi Belawat

Her 'full' month or in our terms, Mandi Belawat

Her first solid food

Her first solid food

During Christmas

During Christmas

In Mr. Thomas Koh's house during CNY

At Mr. Thomas Koh's house during CNY

At home, learning o stand-up

At home, learning to stand-up

In her play pen

In her play pen

With Umi, 6.30 am today, 10th. June, 2009

With Umi, 6.30 am today, 10th. June, 2009