Upacara penutup PPN XV pada hari Ahad, 13hb. Disember, 2009. Banyak peserta yang pulang pada hari yang sama dan sebahagian pada hari berikutnya. Seorang peserta, Drs. Viddy AD Deary tetap betah berada di Negara Brunei Darussalam.
.
Saya mula mengakrabi beliau semasa menyertai acara ‘The First International Poetry Festival Medan 2007’. Beliau teman yang baik untuk diajak ngobrol. Biarpun bukan seorang perokok, asap dari rokok-rokok kami tidak pernah mengurangi keikhlasan canda guraunya.
.
Dan aku agak terkilan kerana tidak dapat membalas keakrabannya sewaktu di Medan dulu apabila beliau berada di NBD. Kebetulan sekali aku pada saat PSN XV berlangsung, sedang berhempas-pulas mengendalikan kursus intensif bagi mempersiap calon warganegara menghadapi Ujian Bahasa Melayu pada 13hb. Disember, 2009. Seusai Ujian tersebut, aku terpaksa berada dekat dengan isteri tercinta yang sarat mengandung dan menurut perkiraan Doktor akan melahirkan pada tanggal 17 haribulan. Alhamdulillah, Drs. Viddy memahami hal tersebut.
.
Dan malam sebelum beliau pulang, aku sempat juga ketemunya. Kami makan malam di Aneka Rasa bersama antara lain, Zefri Ariff, Adi Swara, Shafie Mostar, birasku Azizi dan beberapa orang lagi. Acara yang sangat santai dan mengasyikkan…

Semoga lambaian mesra dan senyum manismu ini pertanda ada kenangan manis yang bakal kau bawa pulang bersama...

Rupanya, sungguh malam bertuah bagi Drs. Viddy.. Tiket beliau dinaik taraf ke kelas bisnes... Suka benar dia... 🙂
Selamat jalan sobat. Semoga keberadaanmu di Brunei Darussalam buat pertama kalinya ini bisa menimbulkan sebuah kesan yang cukup mengesankan betapa dalam kekerdilan kami di sini, masih ada nilai-nilai murni yang tersisa… Semoga saja persahabatan dua negara kekal mesra terjalin hingga keakhirnya…
.
Dan yang penting, nggak ada secuil pun kemungkinan ‘buluh runcing’ dipersiap untuk warga kami… Hehehe…
Advertisements
Recent Comments