Tag Archives: PPN 2009

PPN-3: Sepanjang Jalan Kenangan 4

30 Nov

Advertisements

PPN-3: Sepanjang Jalan Kenangan 3

29 Nov

PPN-3: Sepanjang Jalan Kenangan 2

29 Nov

PPN-3: Sepanjang Jalan Kenangan 1

29 Nov

PPN-3: Hari Penutup

29 Nov

Aku sempat singgah sebentar ke DBP Kuala Lumpur untuk menjenguk acara penutup PPN 2009. Aku terpaksa bergegas ke LCCT kerana penerbangan pulangku hari itu juga pada jam 3 petang. Rancangan awalnya berangkat dari DBP jam 12. Tapi, bila ada barang-barang yang tak boleh kumuat ke dalam bagasi kecil yang kubawa, aku terpaksa singgah di Kompleks Pertama membeli bagasi yang lebih besar. Ingatkan acara padat PPN 2009 tidak menyempatkan aku membeli-belah. Alhamdlillah, ada juga masa untuk curi-curi ke KLCC dan Sogo. Hehehe…

.

Kalau di DBP KL, ada tempat kami melepas gian menyedut nakortina. Di sini biasanya tempat kami berborak santai dengan geng-geng pemadat. Tempat ini, syurga bagi kami… πŸ™‚

.

Untuk teman-teman PENA dan DBP, terima kasih daun keladi. Kalau ada acara lain, jemput-jemput lerΒ  sy lagi… (Saya tak perlu memohon dana kerajaan untuk tiket penerbangan ke luar negeri.Β  Tak perlu protokol. Tak perlu terhegeh-hegeh cari sponsor. Saya berjalan dengan duit poket sendiri)

HEHEHEHE…

PPN-3: Malam Baca Puisi Rumah PENA

29 Nov

Aku tak asing sangat dengan Rumah PENA dan aktiviti yang mereka anjurkan. Bersaabat dengan orang-orang kuat PENA, S.M Zakir, Saleeh Rahamad dan Datuk Ibrahim Ghafar (sekedar menyebut beberapa nama), aku pernah tertidur pulas di ruang tamu mereka dalam keasyikan berborak dengan abang Khalid Salleh (Wak) suatu waktu dulu. Pesahabatan kami bermula pada bulai Mei 2007, apabila menyertai Pesta Penyair Nusantara Ke-1 di Medan, Indonesia.

.

Persahabatan yang ternyata ikhlas dan jujur, tetap akrab sehingga kini. Persahabatan tersebut membuat aku satu-satunya orang Brunei yang sering dijemput oleh PENA untuk mengikuti acara mereka kemana-mana. Terima kasih.

.

Jadi, Malam Baca Puisi PPN-3 kuhadiri untuk bersantai sambil menjalin persahabatan baru. Pak Ibrahim Ghafar menjemputku untuk membaca puisi. Tapi aku bilang, biarlah, beri peluang teman-teman yang lain, yang belum pernah membaca puisi di sana. (Aku boleh saja singgah pada Jumaat pertama setiap bulan baharu untuk melepas gian baca puisi dengan mereka…).

.

Aku sempat merakam beberapa gambar untuk kenangan. Gambar-gambar ini khusus untuk teman-teman semua dan kalau ada yang berkenan, silakan salin untuk dijadikan koleksi peribadi. Selamat menikmati malam indah tersebut…

.

Ini dia Pak Ibrahim Ghafar yang pernah tercedera kena gigitan anjing gila... πŸ™‚

Barsama Mohammad Saleeh Rahamad yang berabang denganku... Terima kasih atas kemesraanmu itu dik...

Bersama Mohammad Saleeh Rahamad, pensyarah UM yang berabang denganku. Terima kasih untuk kemesraan itu dik. Sebelah itu, cikgu Nawaweee, sifu dunia perpuisian banyak penyair.

Suasana santai Malam Baca Puisi di Rumah PENA

Suasana santai Malam Baca Puisi di Rumah PENA. Memang sentiasa santai. Tak perlu basa-basi...

Zakaria, penyair dari selatan Thailand, yang fasih berbahasa Melayu

Fuad, pensyarah UMS Sabah sedang mendeklamasikan puisi sajen ong ong gedegedegedek kataknya

Yang di tengah itu, bang Marsli N.O, santai sebelum tiba saat dia menggempur keheningan malam dengan gaya deklamasi yang tak sah jika tidak 'mengamuk' atas pentas (Amaran untuk yang ada masalah jantung, jangan ambil tempat duduk paling depan bila dia naik ke pentas)

Penyair adalah orang yang cukup sederhana. Berdiri dalam satu-satu majlis juga boleh. Tabik spring untuk penyair semua...

Penyair memang orang-orang sederhana. Berdiri menikmati bait-bait indah puisi adalah situasi biasa di Rumah PENA. Bebas. Tanpa rotokol yang menjengkelkan...

Prof Madya Dr Haji Arbak Othman, pensyarah UPM bersama Rahimidin. Prof Arbak juga seorang perokok tegar. Aku suka... Hehehe...

Prof Madya Dr Haji Arbak Othman bersama Rahimidin. Aku suka gaya merokok Prof ini. Temanku lari dari 'majlis resmi' jika gian hendak menambah tahap nikortina dalam darah... πŸ™‚

Ada jualan buku di sana, seperti biasa. Buku Marjan, tak ada pula kali ini... Jan, apa hal? (Najib dah beli semua ker?)

Ada jualan buku juga di sana. Tapi, kali ini taka ada pula bku si Marjan. Apa hal dik? Buku semua dah jual pada Najib, ker? Hehehe...

Salah seorang peserta Brunei (kalau ikut dari ukuran badan... Hehehe...) Yang baju biru itu, maaf, aku tak tahu siapa...

Kesempatan bergambar dengan 'katak' yang didatangkan khas dari Sabah... Hehehe...

Ini dia abang Khalid Saleeh. Aku suka sajak 'kebabiannya' malam tersebut.

Ini dia abang Khalid Saleeh, pelakon filem, drama dan teater yang gah di puncak persada. Aku suka dengan sajak 'kebabian' yang dideklamasikannya malam itu...