Tag Archives: Bayan

PPN-3: Sesuatu Tentang Menara Kuala Lumpur

27 Nov

Aku memang sering ke Kuala Lumpur. Pernah satu ketika aku terbang ke sana tiga kali sebulan. Berbanding Singapura, kali terakhir aku menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Changi adalah pada tahun 1990.

.

Aku pernah bilang pada penuntut-penuntutku, belikanlah aku tiket penerbangan kelas pertama ke Singapura, lengkap dengan penginapan 2 malam hotel berbintang lima, aku akan menolaknya.

.

Sewaktu di Menara KL hari itu, para penyair dijemput untuk naik ke aras tertinggi secara percuma, ehsan pihak pengurusan Menara KL. Berbondong-bondong teman penyair naik ke atas, bergiliran memandangkan lif yang hanya mampu menampung sekian-sekian penumpang sekali jalan. Tapi, banyak juga antara kami yang tidak ikut naik. Kesempatan tersebut kami gunakan untuk duduk bersantai sambil menikmati minuman kegemaran.

.

Selain daripada dapat duduk minum dengan beberapa teman penyair yang baru dikenal, apa yang turut membahagiakan aku saat itu ialah apabila terpandang ini:

.

.

Sebuah pemandangan yang bagiku sebagai perokok tegar, cukup indah. Sebiji asbak/bekas abu rokok yang siap menanti kedatangan kami. Latar belakang kamera kurasa milik SiNaganaga & Dahrie ataupun Bayan.

.

Dah memang tergolong dalam kumpulan samdol, empat orang ‘kami’ yang membawa kamera, tak seorang pun di antara kami yang teringat untuk merakam gambar masing-masing. Aku leka dengan asbakku…

.

Merokok di Brunei dihukumkan haram, seharam ayam sembelihan saudara-saudara Islam di negara jiran. Hentamlah Labu… Soal kubur nanti, pandai-pandailah jawab…

.

Ini rokok yang setiap bulan penuntutku belikan. 5 karton (bersamaan dengan 50 bungkus) yang kuhabisi dalam masa lima belas hari. Nikmat sungguh benda haram ini… Hehehe…

PPN-3: Pendaftaran

24 Nov

Pendaftaran peserta dilakukan pada hari Jumaat, 20hb. bermula dari jam 8 pagi hingga membawa kepada jam 2.30 tengahari. Suasana pendaftaran agak santai, memandangkan tidak semua peserta dapat hadir pada jangka waktu yang ditetapkan. Ada yang cuma dapat mendaftar di sebelah petang kerana jadual penerbangan mereka yang tidak mengizinkan.

Ketibaan kami disambut oleh petugas-petugas ini dengan wajah ceria. Sesekali terdengar juga hilai ketawa mereka hingga berupaya menimbulkan suasana gembira. Sekalung budi untuk kamu semua…

Marsli N.O bertukar-tukar surat pajak dengan peserta dari Thailand. Oooopsss…!!!