PPN-3: Milik Siapakah Gadis Ini…?
Aku terserempak dengannya, ketika majlis pembukaan resmi Pertemuan Penyair Nusantara Ke-3 Kuala Lumpur 2009, di Dewan Bahasa dan Pustaka. Bila terpandang wajahnya, aku merasa seolah-olah amat mengenalinya. Aku pasti mengenalinya, tapi langsung tak ingat di mana kami pernah berjumpa.
.
Aku memang sering menghadiri seminar dan baca puisi kemana-mana. Dan kemanapun aku pergi, aku memang sering membina silatulrahmi, tak peduli dengan siapa saja. Yang penting bagiku adalah menjalin jambatan persahabatan. Tapi gadis ini… Aku mengenalinya. Tapi, di mana ya…?
.
Malam itu terus berlalu tanpa mencuba mencari jawapan teka-teki itu…
.
Dan keesokan harinya, sewaktu acara Baca Puisi di Menara Kuala Lumpur, sekali lagi aku terpandang gadis itu. Dia bersama seorang lagi menjadi pengacara. Masih aku tertanya-tanya, di mana gadis ini pernah kujumpa…
.
Kebetulan hari itu aku membawa kamera lengkap dengan zoon lens 300mm. Dari jauh aku berhasil mengabadikan sebuah keindahan ciptaan Tuhan melalui lensa kameraku. Dan aku sungguh-sungguh gembira dengan ‘hasil’ yang tercipta.
.
Teka-teki yang bermain di kepalaku, hari itu kubunuh dengan pergi kepada gadis itu, dan mengenalkan diriku. Aku juga bilang bahawa aku seprti mengenalinya, tapi tak pasti di mana kami pernah berjumpa. Dia menjawab ringkas, dia pembaca berita di RTM 1. Masya Allah… Dia rupanya…
Milik Siapakah Gadis Ceria Itu?
(Sekalung budi khusus buat juruhebah radio semua)
.
.
Di keheningan malam yang nyaring dan sepi
Kuterbuai asyik mendengar celoteh dan gurau senda mesramu
Senyum yang pasti manis dan suara lunak manja
Mengetuk pintu hati yang tak serik terluka
Kuterbayang kerlingan mata indah bercahaya, mempesona
Kesedarhanaan jelas nyata
Bidadarikah mereka?
.
Bidadari memang bukan kita belum di syurga
Enggang ‘ya’ begitulah, demikian kiranya fitrahmu kurasa kau dilahirkan
Perut yang seakan tak pernah berkeroncong
Mata yang mungkin langsung tak pernah berkaca
Limpahan kasih sayang keluarga
Kerana padamu kutahu tiada duka
Enggang pasanganmu: sedang pipit cuma dapat bersiul di sangkar usangnya.
.
Segalanya padamu anugerah tak ternilai untukku, untuk mereka semua
Suaramu itu, ya suaramu itu mengundang sejuta ceria, ah!
Bagai mimpi di siang hari…
Fatamorgana. Dekat tapi jauh…
Ingin kucapai rembulan. Berpijak di awan…!
.
Namun kemesraan dari lembut merdu suaramu berkumandang di udara
Kusambut mesra dengan seribu rindu mengharap, diam tak terungkap
Tulus dan murni. Setia keakhirnya, semogalah…
Terbang bersama. Merentasi batas pemisah. Walau nyatanya:
Rindu terasa kan terus terpendam, kekal menghambat, doaku: selapis angin saja.
.
.
8 Oktober 2002
PPN-3: Baca Puisi di Menara Kuala Lumpur
Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami di Menara Kuala Lumpur. Acara baca puisi kami adalah acara sampingan hari itu, untuk menyokong sebuah majlis induk anjuran pengurusan Menara KL. Di aras pertama di mana acara berlangsung, sudah padat dengan pengunjung. Tapi, kurasa mereka bukan hadir untuk menikmati bait-bait puisi kami. Lantaklah. Kami tetap akan teruskan acara, walau yang hadir hanya terdiri dari teman-teman penyair sendiri. Perjuangan mesti diteruskan. Eeeewwwwaaaahhhhhh….!!!!
Tarian 1Malaysia…
Baca puisi 1Malaysia… Kan, kan, kan…???
Nak cerita sikit tentang gadis di atas. Cikgu Noor Hasnah, gadis Singapua. Sangat mengerunkan…
Dia bawa motor besar. Suzuki 1000 cc. Dari Johor ke KL, dia boleh sampai dalam 2 jam saja. Aku tanya dia, berapa laju u bawa? Dia bilang, 250 kmh. Aduh…!!!
Dulu aku pun suka bawa motor juga. Aku cuma dapat bawa 200 kmh saja. Di kelajuan itu, topi keledar dah terasa seperti nak tercabut. Air liur melilih…
Mungkin ada kawan yang perasaan, aku tak bebas untuk menoleh sekarang. Leher dah cedera. Itu angkara kemalangan motor, tahun 1981. Nasib baik aku tak mati saat itu. Dosa banyak sangat. Tuhan beri peluang untuk bertaubat.
PPN-3: Penghargaan
Sebagai kebiasaan, setiap kali selesai satu-satu pembentangan kertaskerja, pihak penganjur akan memberi sedikit penghargaan kepada ahli panel yang terlibat. Aku memang jarang dijemput untuk menjadi pembentang, Tapi, kali ini awal-awal lagi S.M Zakir sudah mengkhabarkan yang namaku sudah tersenarai sebagai panel di dalam majlis Forum di hari pertama PPN-3. Tanpa persediaan secukupnya, pagi sewaktu pendaftaran aku sudah bilang akan bercakap dalam Forum main hentam kromo. Masa diberi setiap panel adalah sepuluh minit, dan aku minta Tuan Pengerusi Majlis mengurangkannya kepada lima minit sahaja. Tahu-tahu, bercakap tanpa teks tidak terasa langsung, dan mulut celuparku terus berceloteh biarpun sesudah mendapat nota dari Pengerusi “Maaf, Masa Sudah Tamat”. Hari itu rasanya aku telah bercakap hampir 20 minit… Ampun tuan-tuan… Hehehe…
.
Pada hari tersebut, kesemua ahli panel forum telah dihadiahkan cenderamata ini. Terima kasih daun keladi…
.
.























