P33 Ujian Bahasa Melayu: Peperiksaan

26 Dec

Ujian Bahasa Melayu bagi pemohon warganegara sesi P33 telah diadakan pada 13hb. Disember, 2009. Rata-rata calon warganegara yang menduduki Ujian tersebut merasa ujian kali ini agak memeranjatkan kerana terdapatnya banyak perubahan dari segi format soalan dan yang nyata, soalan-soalan pantun dan peribahasa telah menjalani rombakan menyeluruh.

.

Memang hal tersebut telah saya jangkaan dan memang sering saya peringatkan kepada penuntut-penuntut saya.

.

Apa yang pasti, dengan gaya soalan yang mudah diduga, yang hanya mengikut soalan-soalan dari Ujian Bahasa Melayu yang lepas-lepas, pemohon-pemohon berbangsa Cina merasa tidak perlu mengikuti kelas-kelas bimbingan kerana mereka boleh menghafaz soalan dan jawapan dari kertas-kertas soalan yang berlambak di pasaran. Seperti yang pernah saya sentuh dalam blog saya terdahulu, kebanyakan pemohon warganegara yang berhasil lulus Ujian Bahasa Melayu ini bukan kerena mereka memahami Bahasa Melayu itu sendiri. Mereka lulus kerana kemampuan menghafaz soalan & jawapan melalui pembecaan kertas-ketas soalan terdahulu.

.

Sesungguhnya, bukan ini yang dikehendaki oleh Kebawah Duli.

.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada lembaga Bahasa yang telah berhasil mencium ‘kecurangan’ ini dan mengambil sikap pro-aktif yang amat ditunggu-tunggu…

.

Negara Brunei Darussalam memerlukan bakal warganegara yang benar-benar memahami erti ideologi Melayu Islam Beraja ke akar-umbinya dan mempunyai sikap-sikap bertanggungjawab. Dalam hal ini, kita tidak mengalu-alukan ‘copy cats’ yang hanya tahu, tapi kurang memahami. Dan Ujian Bahasa Melayu yang mereka hadapi biarlah menjadi wadah penyaring yang ampuh bagi bakal warganegara yang benar-benar layak untuk diterima sebagai rakyat Kebawah Duli.

.

Apapun alasannya, saya sebagai seorang yang turut memikul tanggungjawab bagi mempersiap calon-calon warganegara untuk menjadi rakyat Brunei Darussalam mengalu-alukan sukatan pelajaran bagi Ujian Bahasa Melayu ini diubah secara total. Sesungguhnya, biar mereka di luar sana yang merasa keenakkan ‘mencuri-pakai’ buku-buku & nota pembelajaran dari kelas saya tahu tinggi rendahnya bumi…

.

.

Untuk kesemua penuntutku, semoga berjaya melepasi Ujian yang getir ini.

.

SELAMAT MAJU JAYA

2 Responses to “P33 Ujian Bahasa Melayu: Peperiksaan”

  1. Senor Pablo 29/12/2009 at 9:15 am #

    Assalamualaikum. It’s been a while. Although I have known you since I was little, it is heartening to meet you virtually. I really admire what you are doing – helping non-citizens prepare for citizenship exams. You have a niche that I am proud of and at the same time, a golden heart in helping others achieve their dream of being part of a nation. Congrats!

    I have added you as part of my blogroll and will be a constant reader to your blog. Please keep it up!

  2. Choy 30/12/2009 at 2:12 am #

    Waalaikum mussalam Senor Pablo,

    Ya, it is really heartening indeed. As u maght have known, I was also a permanent citizen before (my father’s citizenship was stripped-off by those British bastards (with the help from some Bruneian bastards too) back in 1950’s. I grew up an angry young man. (U may noticed that too).

    And this anger still lingers deep inside me. Apparently, some people out there do not like what I am doing – helping the Chinese get what rightfully are theirs. And some hate me for doing it passionately. What the hell. The truth is, more people hate me – much happier I become… This is the pay-back time… Hehehe…

    (So, actually I do not have the golden heart bro… I did it for a revenge…) Ahaks…!!!

    Thank you for the add bro. I will ad you to mine, once I can have you blog add…

    Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: