PPN-3: Penghargaan

25 Nov

Sebagai kebiasaan, setiap kali selesai satu-satu pembentangan kertaskerja, pihak penganjur akan memberi sedikit penghargaan kepada ahli panel yang terlibat. Aku memang jarang dijemput untuk menjadi pembentang, Tapi, kali ini awal-awal lagi S.M Zakir sudah mengkhabarkan yang namaku sudah tersenarai sebagai panel di dalam majlis Forum di hari pertama PPN-3. Tanpa persediaan secukupnya, pagi sewaktu pendaftaran aku sudah bilang akan bercakap dalam Forum main hentam kromo. Masa diberi setiap panel adalah sepuluh minit, dan aku minta Tuan Pengerusi Majlis mengurangkannya kepada lima minit sahaja. Tahu-tahu, bercakap tanpa teks tidak terasa langsung, dan mulut celuparku terus berceloteh biarpun sesudah mendapat nota dari Pengerusi “Maaf, Masa Sudah Tamat”. Hari itu rasanya aku telah bercakap hampir 20 minit… Ampun tuan-tuan… Hehehe…

.

Pada hari tersebut, kesemua ahli panel forum telah dihadiahkan cenderamata ini. Terima kasih daun keladi…

.

.

Di samping menerima hadiah penghargaan di atas, aku juga menerima sesuatu yang agak istimewa, dari Datuk Dr, Ibrahim Ghafar. Sebuah puisi untukku, yang telah siap dibingkai. Terima kasih Datuk. Hadiah itu akanku simpan baik sebagai bukti sebuah persahabatan yang jujur & ikhlas…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: