PPN-3: Baca Puisi di Menara Kuala Lumpur

25 Nov

Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami di Menara Kuala Lumpur. Acara baca puisi kami adalah acara sampingan hari itu, untuk menyokong sebuah majlis induk anjuran pengurusan Menara KL. Di aras pertama di mana acara berlangsung, sudah padat dengan pengunjung. Tapi, kurasa mereka bukan hadir untuk menikmati bait-bait puisi kami. Lantaklah. Kami tetap akan teruskan acara, walau yang hadir hanya terdiri dari teman-teman penyair sendiri. Perjuangan mesti diteruskan. Eeeewwwwaaaahhhhhh….!!!!

Tarian 1Malaysia…

Baca puisi 1Malaysia… Kan, kan, kan…???

Nak cerita sikit tentang gadis di atas. Cikgu Noor Hasnah, gadis Singapua. Sangat mengerunkan…

Dia bawa motor besar. Suzuki 1000 cc. Dari Johor ke KL, dia boleh sampai dalam 2 jam saja. Aku tanya dia, berapa laju u bawa? Dia bilang, 250 kmh. Aduh…!!!

Dulu aku pun suka bawa motor juga. Aku cuma dapat bawa 200 kmh saja. Di kelajuan itu, topi keledar dah terasa seperti nak tercabut. Air liur melilih…

Mungkin ada kawan yang perasaan, aku tak bebas untuk menoleh sekarang. Leher dah cedera. Itu angkara kemalangan motor, tahun 1981. Nasib baik aku tak mati saat itu. Dosa banyak sangat. Tuhan beri peluang untuk bertaubat.

Orang kuat PENA

12 Responses to “PPN-3: Baca Puisi di Menara Kuala Lumpur”

  1. dahrie 26/11/2009 at 1:53 am #

    tahniah tuan camar…menarik sekali gambar2 sempena PPN tempoh hari. seronok jumpa sdr🙂

  2. Choy 26/11/2009 at 2:12 am #

    Jangan bertuan-tuan dik. Abang jauh lebih mesra…🙂

    Syukur, sy bawa lensa zoom 300mm hari itu. Dari jauh dapat ambil gambar kandid kengkawan. Tapi, menyesal pulak tak ingat nak ambik gambar kita waktu minum di Menara KL. Masing-masing bawa kamera. Tak seorang pun ‘sudi’ ambil gambar kita… Ahaks…!!!

    Sy pun seronok berjumpa kamu semua. Nanti kita pekena roti cana kat mana-mana. Terima kasih atas sambutan kamu semua…

  3. dato kemala 27/11/2009 at 7:01 pm #

    BRAVO CAMARPUTIH, ANTARA KEJUTAN DAN ROMANTISME, AKU PILIH KEDUADUANYA. INI MEMANG MASA KALIAN SEBAGAI PEMIMPIN CORAKLAH AGAR WARNANYA JELAS DI DADA ZAMAN. CUMA SATU PESAN, JANGAN TINGGALKAN PESAN NABI, DALAM KESEDERHANAAN WUJUD KEINDAHAN NAN ABADI.
    Kudup9/dk/akmaljiwa

    • Choy 28/11/2009 at 10:27 pm #

      Terima kasih Dato. Sebagai anak didik Dato, sy samasekali tidak akan melupakan pesanan Mahaguru.

      Menguliti antologi ‘Suara Tujuh’ ketika di Tingkatan Empat, tidur makan dengannya berhasil mencipta si Camar Putih. Bermula dgn ‘Teluk Gong’ Dato, sekarang telah kudirikan benteng-waja menggempur ombak jiwa & dari kasih semalam yang keujian membuat mata redupku kembali menagih pengertian…

      Direktif Dato utk kami anak-anak yg kehilangan nama:

      Tagih nama wangimu
      sekian lama
      di dadamu jembia
      di hatimu belati
      memendam amarah berkurun
      di bawah langit suram
      di atas bumi rawan
      biar memancar di matamu kini
      apa bernama revolusi…

      Satu saat, saya ingin sekali mencium tangan Dato sbg tanda penghargaan saya…

  4. dahrie 27/11/2009 at 11:47 pm #

    oh gambar tu ada saya ambil. nanti saya siar di blog. skrg masih beraya di kampung kat terengganu…🙂

    • Choy 28/11/2009 at 10:31 pm #

      Aduh…!!! Maaf bro, rupanya hanya sy seorg yg samdol tengahari itu, hanya sempat ambil gambar bekas abu rokok…

      (Maka, lengkaplah penderitaanya…) Hehehe…

  5. AttOkz Dikulgai 29/11/2009 at 8:00 pm #

    Pak Sheikh,
    mana ada samdol..cuma terleka dgn celoteh Bayan dan jagung manisnya.
    Tak sempat nak ucap terima kasih kerana belanja minum di Menara KL.
    Semoga bertambah dan berlipat lagi rezekinya..😛

    • Choy 29/11/2009 at 8:58 pm #

      Dahrie dah awal-awal balas, bilang dia ada ambil gamba kita. Rupanya, saya yg samdol hari itu… Sy terleka dgn bekas abu rokok di atas meja… Hehehe…

      Terima kasih atas doanya. Lain kali kita lepak minum lagi🙂

  6. Din 05/12/2009 at 1:08 am #

    nice photos. i like the 250 km bike girl she is so daring. I can only do the fastest 80km on my scooty.

  7. Choy 05/12/2009 at 10:23 am #

    She corrected me recently. Her fastest ride was 299 km/h. U, 80 km/h only, maka asap ler bro… hehehe…

  8. Din 05/12/2009 at 7:11 pm #

    he…he…he…, but i am the fastest with my Renault Clio Sport which can register 300 km/h! of course with TURBO POWER!!!

  9. Choy 05/12/2009 at 11:24 pm #

    Ahh??? My Ford XR8 5000cc V8 can’t even do 250km/h… Biar betul bro…🙂

    I will give u my yellow ic earlier if u can catch me… ahaks!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: