PPN-3: Pertemuan Penyair Ke-3, KL 2009

24 Nov

Pertemuan Penyair Ke-3 kali ini diselengarakan oleh PENA/DBP Malaysia. Seperti yang mungkin sudah dimaklumi, ianya berlangsung selama tiga hari, bermula pada 20hb. November, 2009 sehingga 22hb. November, 2009.

.

Aku bertolak ke Kuala Lumpur pada 19 haribulan menaiki AirAsia melalui Miri. Aku berangkat dari rumah jam 4.45 pagi kerana sudah berjanji dengan Jan Shim untuk minum pagi bersama. Minum pagi itu disertai juga oleh 2 penuntutku lagi, Cikgu Nonnie & Christie.

.

Seronok dapat berjumpa mereka pada jam seawal itu. Kopitiam Soi Heng di Seria sudah buka bila aku sampai jam 5.45 pagi. Suasana dingin tidak terasa setelah menghirup kopi ‘o’ kaw panas dengan kue teow daging bertelor mata lembu di atasnya. Asyik…

.

Ah Seng datang sejam kemudian untuk menjemputku dan membawa aku ke rumahnya untuk meninggalkan kereta. Jam 7.30 pagi, dia sendiri menghantarkan aku ke Miri. Terima kasih Ah Seng.

.

Aku mengambil penerbangan terawal, jam 10.05 pagi. Acara pertemuan sangat padat, maka untuk ‘shopping’ aku merasa perlu berangkat lebih awal. Setelah masuk mendaftar di Hotel Mirama yang berdekatan dengan DBP KL, aku terus ke Sogo untuk membeli sedikit pakaian bagi Batrisya & adiknya yang bakal lahir pertengahan bulan Disember nanti, insyaAllah…

.

Memang asyik bila berada di Sogo. Banyak pilihan yang boleh kita buat. Petangnya setelah selesai membeli pakaian anak-anak, aku lepak minum di Secret Receipe yang terletak di bangunan yang sama. Di tempat ini, aku boleh menikmati juadah pilihan sambil merokok…

.

Itu memang kebiasaanku bila membeli-belah di KL, biarpun ditemani isteri. Pada kebiasaannya, isteriku akan membeli-belah sendiri, sambil aku menunggunya di mana-mana tempat minum yang dibolehkan merokok. Aku tak pintar sangat memilih barang belian. Biasanya aku tak mengambil masa yang lama untuk memilih. Asal berkenaan di hati, aku tibai saja. Mudah.

.

Malam itu aku bercadang untuk tidur awal. Tapi, sekitar jam 11, perutku berkerocong. Aku lalu memanggil Radzi, adik angkatku, untuk menjemputku & makan di luar. Kami makan di kawasan Kg. Baru, di warung berhadapan Universiti Kuala Lumpur? Juadah terasa lazat sekali kerana di warung itu ada iringan muzik angklung yang dimainkan oleh seorang anak muda. Iramanya mengasyikkan, lebih-lebih lagi lagu-lagu pilihannya berbagai-bagai.  Malam yang indah, menikmati juadah beratapkan langit. Cuaca juga amat mengizinkan malam itu.

.

Alang-alang sudah keluar, aku terus ke Kiambang, untuk menikmati muzik sambil duduk minum menghabiskan malam. Suara muziknya kurang enak di telina, ditambah lagi suara penyanyi yang seperti katak (si Fuad) memanggil hujan. Minuman ‘coke’ku tak habis kuhirup. Aku pindah ke Mawar Biru berhampiran.

.

Serupa. Coke yang kuminum hanya habis separuh. Suara penyanyi tak banyak berbeza, tapi kali ini seperti kodok. Hehehe…

.

Terakhir, aku pulang kira-kira jam 2 pagi, terus balik ke hotel untuk tidur…

.

.

Bersambung….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: