Dirgahayu Buat Ulil Amri

27 Jul


46 harum kenangan

wahai malaiku emas suntingan

15 Julai jadi ristaan

anakda pakulun ratna tampawan.

.

63 tahun genaplah sudah

semakin matang gagah memerintah

Hassanal Bolkiah tersohor sudah

ulil amri iktikad pada Allah.

.

pun malam turut terasa kelamnya

terik mentari terasa panasnya

gerimis senja turut membasahi

beradu jangan tiada mimpi.

.

kiranya Tuanku tumbang kekanan

Hamba Kebawah Duli Tua Patik tumbang ke kiri

sesegandung dengan Paduka Sultan

menjunjung daulat Kebawah Duli.

.

namun kepimpinan Tuanku bijaksana

ilmu berpandukan hadis dan firman

doa di pohon lanjutkan usia baginda

adil bahagia hidup diberkati Tuhan.

.

.

Telanai, Julai 2002

.

.

Nota kaki: Lagu puisi dicipta pada tahun 2002, khusus untuk Hari Keputeraan Kebawah Duli ke-58


2 Responses to “Dirgahayu Buat Ulil Amri”

  1. Sara 31/07/2009 at 6:35 pm #

    Hello, is me again…..

    I recoganised the Majesty even though I can’t read what you are reading 🙂

  2. Cikgu Mansor 03/08/2009 at 12:38 pm #

    Hi Sara, thnx 4 d visit 🙂

    Its a poetic song for our beloved HM. Dun worry, its all the good ones… hehehe…

    How r u in HK Hope all s well 4 u…

    Take gud k. Adios… 🙂

Leave a reply to Sara Cancel reply