Archive | December, 2009

P33 Ujian Bahasa Melayu: The Paper II

31 Dec

Whenever I have the opportunity to meet one ‘somebody’ after each of Ujian Bahasa Melayu, we discuss about the paper. On one occasion, one question arised – what was the purspoe to have this Ujian?

.

Do we want to help the candidates  passed the exam or, to FAILED them?

.

AND looking at the way they choose the questions from the lastest paper, I came to this simple conclusions:

  1. Create the possibility for the Malay to pass with ease

  2. Make it difficult for ‘them’ & let ‘them’ struggle a little bit…

.

So much of  becoming the champon of MIB ideology… (Didn’t Islam teach us to be FAIR to all?) AND, what is the true meaning of “Adil Laila Bahagia” as we, the subjects, were told to uphold?

.

Simpulan Bahasa section is somewhat, quite easy. But, for Peribahasa (simpulan bahasa is actually part of peribahasa), the questions are as follows:

  • Seperti kera sumbang

  • Seperti melepaskan anjing tersepit

  • Harapkan pagar, pagar makan padi

  • Sudah terang lagi bersuluh

  • .Seperti pungguk rindukan bulan

.

Bahasa Brunei came in ‘building sentences’ form. For those who frequented radio Brunei National section, Sehari Sepatah Kata, smiles definately can be seen on their faces. This section used to be asked in translation form – Bahasa Brunei to Bahasa Melayu Kamus, and vise versa. Most candidates will find this section somewhat, difficult. AND 5 marks for 10 questions? I just hope the person doing the paper knew what he is doing…

.

Pantun was also totally changed. VERY GOOD. With the changes, I will make sure from now on, I will force my students to byheart atleast 150 pantuns. Lets make it absolutely difficult for the permanent residents to pass the Ujian Bahasa Melayu. Late make the number of Brunei citizens stagnant. Lets not care about the importance of human resources. Lets us continue to get the expertise from outside. Let us be selfish along the way…

1.   Buah langsat kuning mencelah, senduduk tidak beguna lagi; Sudah mendapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

2.   Kucing kurus menggaru papan, papan dibawa dari Pauh; Badan kurus bukan tak makan, kurus mengenang orang yang jauh.

3.   Jika sudah menjadi pantang, jangan dicuba jangan dicari; Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. (not too sure if this is the one)

4.   Dari mana punai melayang, dari sawah turun ke padi; Dari mana datangnya sayang, dari mata turun ke hati.

5.   Make your own pantun

.

On general knowledge, the questions were somewhat a mixture of  ‘should know’ like terasul and full name of minister/s and one Pegawai Daerah of your choice. At the same time, the candidates were ask to name the biggest hospital & which ministry Jabatan Pertanian belongs to.

.

Alat-alat Kebesaran Diraja section should be easy to most of the candidates. The items asked were:

  • Si Naga

  • Mahkota

  • Si Bongkok

  • Usungan Diraja

  • Payung Diraja

  • Gandang Jaga-jaga

  • Serunai

  • Nobat Diraja

  • Dastar

  • Junjung anugerah (?)

.
The other changes were in tatabahasa section, antonims of gender on certain type of people:

  • qariah

  • muslimah

  • seniman

  • duda

  • teruna

  • mahasiswa

  • olahragawan

  • ustaz

  • syed

  • biduan

.

Lastly, Huraian – speech writing, thanking members of an association for nominating you as the new President. 120 – 150 words.

.

My conclusions is simple. For those Brunei citizenship applicants out there, if you serious enough to become a true Bruneian, you must be sincere to learn Malay, its custom and culture & to understand the true meaning of Malay Islamic Monarchy ideology. Definately, passing the ‘Ujian’ only by memorising the questions & answers is something of the past now. YOU need to really study and ready to change to became a truly responsible citizen of Negara Brunei Darussalam, in the future. In YOU and your future generations lies the nation’s hope to become a develop country in 2035.

.

.

Hari Ini, Batrisya & Darwish

27 Dec

Hari ini, sudah seminggu umur Darwish. Alhamdulillah, amat mudah merawatnya setakat ini, tidak meragam. Kelihatannya Batrisya juga tidak merasa terpinggir dengan kehadiran adiknya. Ummi tercinta mereka juga dengan izin-Nya akan segera membaik biarpun tanpa pembantu rumah yang ternyata telat ketibaannya…

.

Dan sebentar tadi aku merasa lucu melihat ‘ulah’ Darwish yang berupaya menutup matanya yang terkena cahaya lampu…

.

Darwish beupaya menarik ke atas 'badung' untuk menutupi matanya yang mungkin 'kesilauan' oleh cahaya lampu...

Kelihatan lucu sekali gaya tidur Darwish...

Batrisya lagi diberi makan oleh ummi tercinta...

Seperti biasa, Batrisya akan bermain sambil makan...

Mencuba untuk makan sendiri...

Darwish, petang tadi setelah dimandikan

Ciuman sayang dari seorang kakak kepada adiknya...

Indahnya dunia mereka...

Batrisya bermain dengan adiknya, Darwish... Kira-kira, apa yang mereka bicarakan...?

Lagi sebuah ciuman mesra dari seorang kakak...

Batrisya mengambil kesempatan untuk berbaring di tilam kecil adiknya...

Darwish sudah ada di katilnya, siap untuk tidur...

Apa agaknya yang direnungkan Darwish di usia sekecil ini...?

Tangan mungil Darwish yang mula menutup matanya...

P33 Ujian Bahasa Melayu: The Paper

26 Dec

As mentiond earlier, the latest paper was a bit of a shock to most candidates. The changes were obvious – not for the better, but for the worst!

.

Karangan (composition titles) were okay. A title from a proverb as predicted, came out. It has a link to one of the title “membina Keluarga Bahagia” in P32 paper. This time, it is in a form of proverb (peribahasa) -  “Seperti Kacang Lupakan Kulit’.

.

The titles:

  • Bagaimana Kita Boleh Mempelbagaikan Sumber Ekonomi Negara Bagi Kemajuan Negara Serta Mencapai Objektif Memajukan Negara Ini

  • Penggunaan Bahasa Melayu Selepas 50 Tahun Sebagai Bahasa Rasmi Negara

  • Bencana Alam Yang Dahsyat Yang Melanda Negara Jiran

  • Seperti Kacang Lupakan Kulit

.

Bina Ayat (sentence building) for Imbuhan was from the key word ‘MASYHUR’ or in English, famous/well known:

.

  • Masyhur

  • Memasyhurkan

  • Kemasyhuran

  • Pemasyhuran

  • Termasyhur

.

Basically, my students will not have any problem building sentences out of those words. I knew most of them will manage it with ease.

.

BUT, the sad thing was with the second section of Bina Ayat, suprisingly, the Board opted to choose words with an Islamic terms.

.

If I remember correctly, Ujian Bahasa Melayu for Brunei citizenship applicants, are to ‘test’  the candidates knowledge of Bahasa Melayu, the culture & customs of the Malay. Generally, MIB is out of the picture – even though the subject was taught in my class.

.

It was a public knowledge that more Malays failed the Ujian. This is due to the fact that the Malays were generally egoistic & over confident – thus making them too complecent to study. AND choosing words from the Islamic terms will not help them passing the Ujian either. AND I TRULY BELIEVE, this is not what our beloved HM wants. We should be fair to all candidates and try to avoid the slightest of racism possibility.

.

SHOULD OUR GOVERNMENT REALLY FEELS THAT IT IS NECESSARY FOR THE NON MUSLIMS TO KNOW OUR ISLAMIC TERMS/LAW (WHATEVER), MIGHT AS WELL FORCE ALL THE NON MUSLIM CANDIDATES TO CONVERT TO ISLAM… PERIOD…!!!

.

The words are (choose five):

  • Firman

  • Taufik

  • Khutbah

  • Zakat

  • Petunjuk

  • Takdir

  • Takwa

.

My pity was towards those non muslims who never come close to studying those Islamic terms. Whatever reason the Board may hold, it was truly unfair and cruel for them to do so. Maybe the Board themselves needs to go thorough myspecial course. I believe, none of them can recite Kebawah Duli’s name in full (all 32 words, within 7.5 seconds as I did…).

.

I rememberd having a lengthy chat with a Pehin who was once in the Board himself. He told me frankly that he is not able to recite Kebawah Duli’s name in full. AND he also told me that, there is no way he can pass the ‘Ujian’ if he were to try it himself… It is really ironic, and sad too… (according to him – gila gaya durang membuat kertas soalan…)

.

.

To be continued…

P33 Ujian Bahasa Melayu: Peperiksaan

26 Dec

Ujian Bahasa Melayu bagi pemohon warganegara sesi P33 telah diadakan pada 13hb. Disember, 2009. Rata-rata calon warganegara yang menduduki Ujian tersebut merasa ujian kali ini agak memeranjatkan kerana terdapatnya banyak perubahan dari segi format soalan dan yang nyata, soalan-soalan pantun dan peribahasa telah menjalani rombakan menyeluruh.

.

Memang hal tersebut telah saya jangkaan dan memang sering saya peringatkan kepada penuntut-penuntut saya.

.

Apa yang pasti, dengan gaya soalan yang mudah diduga, yang hanya mengikut soalan-soalan dari Ujian Bahasa Melayu yang lepas-lepas, pemohon-pemohon berbangsa Cina merasa tidak perlu mengikuti kelas-kelas bimbingan kerana mereka boleh menghafaz soalan dan jawapan dari kertas-kertas soalan yang berlambak di pasaran. Seperti yang pernah saya sentuh dalam blog saya terdahulu, kebanyakan pemohon warganegara yang berhasil lulus Ujian Bahasa Melayu ini bukan kerena mereka memahami Bahasa Melayu itu sendiri. Mereka lulus kerana kemampuan menghafaz soalan & jawapan melalui pembecaan kertas-ketas soalan terdahulu.

.

Sesungguhnya, bukan ini yang dikehendaki oleh Kebawah Duli.

.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada lembaga Bahasa yang telah berhasil mencium ‘kecurangan’ ini dan mengambil sikap pro-aktif yang amat ditunggu-tunggu…

.

Negara Brunei Darussalam memerlukan bakal warganegara yang benar-benar memahami erti ideologi Melayu Islam Beraja ke akar-umbinya dan mempunyai sikap-sikap bertanggungjawab. Dalam hal ini, kita tidak mengalu-alukan ‘copy cats’ yang hanya tahu, tapi kurang memahami. Dan Ujian Bahasa Melayu yang mereka hadapi biarlah menjadi wadah penyaring yang ampuh bagi bakal warganegara yang benar-benar layak untuk diterima sebagai rakyat Kebawah Duli.

.

Apapun alasannya, saya sebagai seorang yang turut memikul tanggungjawab bagi mempersiap calon-calon warganegara untuk menjadi rakyat Brunei Darussalam mengalu-alukan sukatan pelajaran bagi Ujian Bahasa Melayu ini diubah secara total. Sesungguhnya, biar mereka di luar sana yang merasa keenakkan ‘mencuri-pakai’ buku-buku & nota pembelajaran dari kelas saya tahu tinggi rendahnya bumi…

.

.

Untuk kesemua penuntutku, semoga berjaya melepasi Ujian yang getir ini.

.

SELAMAT MAJU JAYA

Seusai Pertemuan Sasterawan Nusantara ke-15

23 Dec

Upacara penutup PPN XV pada hari Ahad, 13hb. Disember, 2009. Banyak peserta yang pulang pada hari yang sama dan sebahagian pada hari berikutnya. Seorang peserta, Drs. Viddy AD Deary tetap betah berada di Negara Brunei Darussalam.

.

Saya mula mengakrabi beliau semasa menyertai acara ‘The First International Poetry Festival Medan 2007′. Beliau teman yang baik untuk diajak ngobrol. Biarpun bukan seorang perokok, asap dari rokok-rokok kami tidak pernah mengurangi keikhlasan canda guraunya.

.

Dan aku agak terkilan kerana tidak dapat membalas keakrabannya sewaktu di Medan dulu apabila beliau berada di NBD. Kebetulan sekali aku pada saat PSN XV berlangsung, sedang berhempas-pulas mengendalikan kursus intensif bagi mempersiap calon warganegara menghadapi Ujian Bahasa Melayu pada 13hb. Disember, 2009. Seusai Ujian tersebut, aku terpaksa berada dekat dengan isteri tercinta yang sarat mengandung dan menurut perkiraan Doktor akan melahirkan pada tanggal 17 haribulan. Alhamdulillah, Drs. Viddy memahami hal tersebut.

.

Dan malam sebelum beliau pulang, aku sempat juga ketemunya. Kami makan malam di Aneka Rasa bersama antara lain, Zefri Ariff, Adi Swara, Shafie Mostar, birasku Azizi dan beberapa orang lagi. Acara yang sangat santai dan mengasyikkan…

Drs. Viddy AD Deary, penulis novel sejarah hot seller - Pendekar Sunan Drajat

Semoga lambaian mesra dan senyum manismu ini pertanda ada kenangan manis yang bakal kau bawa pulang bersama...

Berkesempatan ngobrol dgn seorang pak polisi

Dipanggil petugas RBA utk menyelesaikan sesuatu...

Rupanya, sungguh malam bertuah bagi Drs. Viddy.. Tiket beliau dinaik taraf ke kelas bisnes... Suka benar dia... :)

Selamat jalan sobat. Semoga keberadaanmu di Brunei Darussalam buat pertama kalinya ini bisa menimbulkan sebuah kesan yang cukup mengesankan betapa dalam kekerdilan kami di sini, masih ada nilai-nilai murni yang tersisa… Semoga saja persahabatan dua negara kekal mesra terjalin hingga keakhirnya…

.

Dan yang penting, nggak  ada secuil pun kemungkinan  ‘buluh runcing’ dipersiap untuk warga kami… Hehehe…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.